Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal
Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal

Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal

Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal (RHLTH) ialah salah satu rizab hidupan liar yang terbesar di semenanjung Malaysia, berkeluasan 605.52 km2 terletak di Banjaran Titiwangsa, negeri Pahang , Malaysia yang telah diwartakan pada era pentadbiran British di tanah melayu. Tujuan utama pewartaan Rizab Hidupan Liar Tengku Hassanal adalah untuk melindungi semua hidupan liar, terutama sekali spesis Seladang (Bos gaurus). Pejabat pentadbiran rizab terletak di beberapa kawasan. Pejabat pentadbiran utama terletak di Bukit Rengit (Bahagian Selatan), Lembah Klau (Bahagian Barat), Kuala Lompat (Bahagian Timur), dan Perlok (Bahagian Utara). Kawasan hutan tanah pamah menempatkan kepelbagaian biologi spesis burung dan mamalia yang tinggi, terutama sekali spesis primat dan kelawar. Terdapat beberapa Pusat Konservasi di bawah seliaan Jabatan PERHILITAN berdekatan dengan Kawasan rizab. Iaitu, Pusat Konservasi Harimau Kebangsaan, Kuala Gandah Elephant Conservation Centre, dan Pusat Konservasi Seladang Jenderak Selatan. Antara spesis burung yang masih boleh dijumpai di rizab ini ialah spesis Merak pongsu (Polypectron malacense). Pada era 60-an, Lord Medway telah mengetuai satu ekspedisi zoologi ke Gunung Benom (2,107 meter di atas paras laut) yang kemudiannya menarik lebih ramai ilmuwan, ahli biologi, dan ahli primatology untuk menjalankan kajian di bahagian barat rizab yang lebih dikenali sebagai stesen penyelidikan Kuala Krau.[1]